Pengenalan
Sajak tergolong dalam puisi moden yang terkeluar daripada ciri-ciri rigid puisi Melayu tradisional.Dari segi bentuk, sajak bersifat bebas.Dalam hal kebebasan bermaksud keupayaan dan kesediaan menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk-bentuk yang sedia ada.Walaupun dari sudut bentuk wujudnya kebebasan , namun sajak masih terikat dengan penerapan dan penggunaan bahasa sebagai medium penyampaian.Secara umumnya sajak terbentuk daripada kata-kata terbaik dalam susunan terbaik.Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis.
Sajak tergolong dalam puisi moden yang terkeluar daripada ciri-ciri rigid puisi Melayu tradisional.Dari segi bentuk, sajak bersifat bebas.Dalam hal kebebasan bermaksud keupayaan dan kesediaan menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk-bentuk yang sedia ada.Walaupun dari sudut bentuk wujudnya kebebasan , namun sajak masih terikat dengan penerapan dan penggunaan bahasa sebagai medium penyampaian.Secara umumnya sajak terbentuk daripada kata-kata terbaik dalam susunan terbaik.Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis.
KE RUANG KATARSIS
Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
resah menggeliat ke tanah
resah menggeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa
barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri merisik
malinja dan mahsuri, di bendang galaun
hingga gugup mengatur genta pertama
gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
gugup membiak di mana-mana
kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus menjadi manusia
yang tegar meniup seruling
kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keseluruhan
kerana kita lupa
apa yang tersimpan di album bangsa
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat
esok kita bakal menggali tanah dan menggalas
cangklung maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tuju penjuru tanjung, sedang kita
pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme
sanggukah melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa
jerit kita nanti
Cuma tulang-tulang yang tidak sempat ditalkinkan
pada saat pertama lolong angin tenggara memintal duka bersama
pekik kita nanti
cuma darah-darah yang sempat dikebumikan
pada saat pertama raung hujan selatan menganyam gugup
yang bergantungan di dada
mari kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang
Hayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
Temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
Dan selimut Iman dari tuhan
Zaen Kasturi Dicatat oleh [email protected] di 10:06:00 PG
Saya memilih sajak yang bertajuk Ke Ruang Katarsis hasil karya Zaen Kasturi kerana sajak ini pernah memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan Esso Gapena, 1989. Zaen Kasturi juga pernah mendapat Anugerah Sea Write Award untuk tahun 2010.
Alamat Terakhir
Kata mereka orang berdarjat
warga dunia yang hebat
ada alamat surat menyurat
ada e-mel,laman web dan telefon bimbit
tak ada sempadan,tak ada batasan.
Dia tak dapat menyendiri
kalau tidak dihubungi,berasa sunyi
berasa kosong,tak dihargai
tidak berasa selamat
diintip sepanjang hayat.
Hanya mati yang memberi kebebasan
dengan hanya satu alamat
di tanah perkuburan
di sini dia sendirian
berhadapan dengan yang ghaib
tanpa telefon,e-mel dan laman web
tanpa propaganda,retorik dan dusta
hanya balasan
atas kata-kata dunia.
(Dewan Sastera:Mei 2009).
Waktu-waktu berlalu.
Cahaya hanya silap mata
redup dan panas
tengkujuh atau gerimis
guruh atau halilintar
waktu akan berlalu
tidak menunggu.
Waktu adalah perahu
meluncur laju
mengangkut usia ke muara
anak-anak mencapai remaja
muda mencecah tua
pengalaman menjadikan dewasa.
Waktu tidak menoleh ke belakang
seperti perahu dengan penumpang baru
menagih upah dan bayaran
saat bermula takdir
menuntut ikhtiar dan fakir.
(Baha Zain,Dewan Sastera:Februari 2009).
Ingatan dan Renungan
Dalam hidup
Anugerah termahal:Islam dan iman
Harta yang paling berharga: Anak-anak soleh dan solehah
Modal paling bernilai: Usia panjang dan sihat tubuh badan.
Justeru peliharalah sepenuh jiwaragamu
Islam dan iman
Anak-anak soleh dan solehah
kesihatan.
Sebelum diri dijemput pulang
sebelum diri dihisab
sebelum segala-galanya terlewat.
(Kumpulan puisi Anismas ar Terima Kasih Yaa Rabbi).
Tafakur
Sejenak mengenang-Mu
Telah sekian lama rasanya
Tidak kugilap cermin diri
Tidak kubajai pohon-pohon amal
Tidak kucabut lumut-lumut mazmumah
Tidak kusirami benih-benih mahmudah.
Sejenak mengenang-Mu
Diri tertunduk
Malukelu
pilusayu
Terharutersendu
Termangubisu
Atas terlalu banyak yang kauhulurkan
Atas terlalu sedikit aku berterima kasih
Yaa Rahman Yaa Rahim
Sejenak mengenang-Mu
Tiada Bicara dapat kulafazkan
Demi gugahan keinsafan
Dari indahnya mimpi duniawi
Dari terus hanyu tanpa sepi
Amin!
(Kumpulan Puisi Anismas ar: Terima Kasih Yaa Rabbi).
Rose ku puja
Rose berkembang
Memerah garang
Jadi pujaan
Setiap insan.
Disinari matahari
Kian Berseri
Merekah wangi
Memikat hati.
Jika pahlawan
Memandang kembang
Ingin berjuang
Membela watan.
Harum tak terkira
Runtuk menyesal
Bagaikan satria
Pulang ke asal.
(Langit di Tanganmu:Diselenggarakan oleh Rahman Shaari dan Zaiton Ismail).