_
Sisi lain tentang sastera
Oleh Mohd Ali Atan
Dalam rencana sastera berjudul Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu?, Zariat Abdul Rani mengemukakan pandangan Syed Hussein Al-Attas, Syed Naguib Al-Attas, V I Braginsky, Affandi Hassan dan Wan Nor Wan Daud. Rencana sastera ini telah diangkat sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2007 dan dibukukan dalam antologi berjudul Dari Suatu Tikungan Lorong. Panel berpendapat makalah tersebut telah mengemukakan suatu pandangan lain tentang konsep kesusasteraan. Walaupun kontradik dengan pemikiran semasa, pandangan ini dapat menghidupkan perbincangan dalam perkembangan dunia sastera kontemporari.
Pandangan saya, makalah ini bukanlah menyuguhkan suatu pandangan yang baharu melainkan membuat penegasan semula ke atas pandangan yang telah wujud sebelum ini. Makalah ini juga berhajat untuk menegakkan pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas bahawa Hamzah Fansuri seorang pengarang sufi pada abad-17 sebagai Bapa Kesusteraan Melayu Moden.
Makalah tersebut secara tuntasnya menolak Abdullah Munsyi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden dengan menegaskan pandangan Al-Attas iaitu menolak barat yang membawa kemajuan dan kemodenan dengan membawa masuk faham rasionalisme dan intelektualisme dalam karya.
Kemudian Zariat Abdul Rani cuba menghubungkan premis ini dengan Gagasan Persuratan Baru oleh Affandi Hassan dengan mengemukakan contoh kritikan terhadap pengangkatan novel TIVI oleh Shahnon Ahmad sebagai hasil karya sastera Islam. Sebagaimana yang telah termaklum Affandi Hassan melalui Gagasan Persuratan Baharu telah menidakkan sejumlah besar karya sastera Melayu moden yang telah diiktiraf mencapai karya bertaraf antarabangsa dan agung. Malah juga mengemukakan istilah lain untuk merujuk kepada profesion kepengarangan iaitu persuratan bukannya kesusasteraan.
Kata kunci 'kemajuan' dan 'kemodenan' yang disindir oleh pengarang lewat makalahnya cuba menolak suatu pandangan Barat terhadap sastera tanah air. Sebagai gantinya Zariat Abdul Rani mengemukakan pandangan Wan Nor Daud yang mahukan istilah 'pembangunan' digantikan dengan 'islah' dan 'pengislahan' yang dianggap lebih tepat membawa makna 'kemajuan' yang membawa kebaikan dan kejayaan.
Saya memahami pemikiran Zariat Abdul Rani, Affandi Hassan dan Wan Nor Daud yang bersumberkan fikrah Al-Attas. Namun harus diingat lapan tahun sebelum Syed Muhammad Naquib Al-Attas mengemukakan syarahan pengukuhannya sebagai Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengemukakan Hamzah Fansuri sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, Pendeta Ismail Hussein dalam satu syarahan untuk Royal Asiatic Society di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 Februari 1966, telah mendefinasikan kesusasteraan Melayu tradisional sebagai 'All those literary phenomena, be it written or oral, that existed or might have existed about the middle of the 19th century.'
Jelas Ismail Hussein meletakkan tahun 1850-an sebagai titik pemisah antara sastera tradisional dan moden. Faktor utama premis hujah ialah penggunaan alat cetak atau mesin cetak. Sebelum kemunculan alat cetak karya ditulis dengan tangan dan penyebarannya tidak meluas di tengah masyarakat. Namun setelah kedatangan alat mesin cetak di Tanah Melayu dalam tahun 1850-an maka karya Abdullah Munsyi dicetak dan disebarluaskan ke seluruh Tanah Melayu.

GHAFIRAH Menang RM2500 Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2003
HADIAH Sastera Kumpulan Utusan 2003 terus
unggul sebagai medan berkarya untuk pelbagai lapisan penulis dan berjaya
melahirkan nama-nama serta bakat baru dalam dunia kesusasteraan. Malah
hadiah sastera yang mendapat tajaan syarikat minyak antarabangsa,
ExxonMobil bagi dua tahun berturut-turut berjaya melahirkan karya-karya
bermutu dan merangsang minda. Penglibatan syarikat antarabangsa itu juga
dilihat sebagai pemangkin kepada gerakan sastera Melayu dan menjadi
penggalak kepada para penulis untuk terus menghasilkan karya bermutu.
_Kali ini merupakan tahun ke-19 Kumpulan
Utusan menganjurkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan sebelum ini
mendapat kerjasama daripada pihak korporat antaranya Public Bank.
Sepanjang 19 tahun itu, ratusan penulis yang diangkat menerusi anugerah
ini telah mencipta nama dalam dunia kesusasteraan tempatan. Selain itu
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan juga telah menerbitkan berpuluh antologi
puisi, cerpen dan juga novel.
Bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003,
terdapat beberapa kejutan dicipta oleh penulis-penulis baru dan lama
terutama dalam memecah dominasi pemenang sebelum ini. Secara
keseluruhannya hadiah kemenangan masih memperlihatkan penguasaan
penulis-penulis muda dan baru, di samping beberapa penulis mapan yang
masih terus berkarya dan turut sama memperlihatkan kemampuan
menghasilkan karya yang baik. Malah terdapat penulis veteran yang telah
lama tidak aktif turut mendapat pengiktirafan apabila berjaya memenangi
hadiah yang dipertandingkan. Kemunculan nama-nama baru dalam senarai
pemenang memperlihatkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan sentiasa mendapat
perhatian daripada pelbagai golongan penulis di samping berjaya
melahirkan bakat-bakat baru.
Bagi Kategori Novel Remaja, penulis muda berbakat besar, Faisal Tehrani meneruskan penguasaan apabila berjaya mendapat tempat pertama melalui novel 1511H (Kombat). Karya tersebut merupakan kesinambungan kepada novel 1515 yang pernah memenangi kategori yang sama tahun 2002. Nisah Haron yang lebih dikenali sebagai penulis cerpen memenangi tempat kedua melalui novel, Mencari Locus Standi. Ia merupakan novel pertama beliau dan digarap dengan menerapkan ilmu serta pengetahuan undang-undangnya. Tempat ketiga kategori ini ialah Siti Jasmina Ibrahim dengan novel Ombak Sfera Lotus. Hadiah-hadiah kategori novel ialah RM6,000 (pertama), RM4,000 (kedua) dan RM3,000 (ketiga).
Bagi Kategori Cerpen menyaksikan sedikit anjakan apabila hadiah utama memperlihatkan nama dan bakat baru, Ghafirah Idris sebagai penerima bersama dua orang penulis berbakat dan berpengalaman, Marsli N.O dan Amaruszati Noor Rahim. Ghafirah yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menang melalui cerpen Eksperimen 5-S, Marsli N.O (Menternak Hantu) dan Amaruszati (Tanggar Amanat). Penerima hadiah penghargaan Kategori Cerpen ialah Uthaya Sankar SB dengan cerpen Cat 2, Mohd. Nazmi Yaakub (Dia, Hajar Tidak Menyerah) dan Sri Rahayu Mohd. Yusop (Reeves, Cormak dan Semak). Turut menerima hadiah penghargaan ialah Raja Ahmad Niza Raja Ismail (Sedingin-dingin Bilik Menteri), Zanazanzaly (Segugus Markisah di Brastagi), Salman Sulaiman (Sidang Raja Pengemis), dan Mohd. Hashim Osman (Syurga Di Kaki Ibu). Hadiah-hadiah bagi kategori cerpen ialah RM2,500 (hadiah utama) dan RM800 (hadiah penghargaan).
Bagi Kategori Puisi, tiga hadiah utama dimenangi oleh Razali Mohd. Yussof dengan puisi Empat Musim Anak Bangsa, Marjan S (Narator Dari Desir Angin) dan Mohd. Hashim Osman (Penggilap Rezeki). Selain Marjan, kedua-dua pemenang hadiah utama ini merupakan nama baru dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. Sementara itu hadiah penghargaan kategori ini dimenangi oleh Husna Nazri melalui puisi Belati Cinta Zulaikha, Sahrunizam Abdul Talib (Di Dada Mereka Ada Khalid) dan Shamsudin Othman (Kekasih, Tatkala Hujan Begini Ingatanku Kepadamu Kian Parah. Pemenang lain kategori ialah Abizai dengan puisi Kembali Gawai Rindu Terlerai, Sazalee Yacob (Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampung), Hamid Karim (Pusaka Dari Bilik Penjara) dan Mohd. Aidid Abd. Rahman (Sekeping Kartu Kecil). Hadiah kategori puisi ialah RM1,000 (hadiah utama) dan RM500 (hadiah penghargaan).
Sementara pemenang hadiah utama Kategori Cerpen Remaja ialah Hanisah Othman dengan karya Aku Pulang, Mohd. Azli Lee Abdullah (Hidayah) dan S.M. Zakir dengan cerpen Inikah Sejarah Esok (Wajah Emasmu Chao Praya). Penerima hadiah penghargaan kategori ini ialah A. Ghani Abdullah dengan cerpen Aisyahtulnur, Cucu Tuk Rahim, Siti Jasmina Ibrahim (Apabila Mata Enggan Berkasih), Husna Nazri (Bingkisan Syawal), Ahmad J. Hussein (Bintang-Bintang Bernyanyi), Andini Sani (Harapan Yang Kandas), Salman Sulaiman (Menunggu Bulan) dan Saad Taib (Tahniah, Kapten Liz Ameira). Hadiah untuk kategori cerpen remaja ialah RM2,500 (hadiah utama) dan RM800 (hadiah penghargaan).
Sementara itu pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr. Arbak Othman menerima hadiah Kategori Kajian Sastera untuk tulisannya yang berjudul Puisi-puisi Usman Awang dari Sudut Sosiopsikopragmatik. Beliau menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Hadiah Kategori Rencana Sastera pula dimenangi oleh S.M. Zakir dengan dua tulisan bertajuk Orientalisme Perkecil Timur dan Hapuskan Feudalisme Sastera Melayu. Turut menerima hadiah kategori ini ialah Dr. Anuar Nor Arai dengan rencana berjudul Rentak Melayu Syed Alwi dan Warisan di Tengah Halaman. Kedua-dua pemenang ini menerima hadiah wang tunai RM800.
Majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan tajaan Exxon Mobil akan diadakan pada 21 Mei ini pukul 3.30 petang di Hotel Mutiara Kuala Lumpur dan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Generasi baru dahului zaman. HADIAH Sastera Kumpulan Utusan - ExxonMobil (HSKU 2010) terus menjadi acara tahunan dalam dunia kesusasteraan negara ini. Kini hadiah sastera yang menjangkau 26 tahun itu terus menggali potensi penulis terutama generasi muda yang terasuh oleh pelbagai disiplin ilmu di luar kesusasteraan.
Generasi penulis muda yang dipilih dalam senarai pendek dan pemenang memperlihatkan karya yang mendahului zaman, keluar dari kotak stereotaip dengan kerangka fikir dan kreatif jauh ke depan. Di tangan golongan inilah penentu aras kesusasteraan kita. Mereka ini boleh dianggap sebagai kelapa dari benih yang baik dan hanyut di laut kemudian membesar menjadi pulau.
Penyertaan kalangan penulis dari disiplin ilmu seperti perubatan, sains, undang-undang dan pengajian Islam memperlihatkan sastera bukan sahaja untuk orang sastera. Sebaliknya sastera untuk semua kerana sastera ada dalam hidup manusia dan membimbing hidup sebagai manusia.
Majlis penyampaian HSKU 2010 telah berlangsung di hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur Isnin lalu. Majlis yang sederhana tetapi bermakna ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin, Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil Malaysia, Hugh W. Thompson, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Sasterawan Negara Datuk Anwar Ridhuan dan Sasterawan Negara Datuk Ahmad Kamal Abdullah (Kemala).
KATEGORI NOVEL REMAJA
Pertama hadiah wang tunai RM7,000
"Bimasakti Menari"
(Sri Rahayu Mohd. Yusop)
Kedua hadiah wang tunai RM4,500
"Bumi Lestari"
(Rebecca Ilham)
Ketiga hadiah wang tunai RM3,000
"Esemes" (Mohd Teja)
KATEGORI CERPEN
Tiga hadiah utama RM3,000 setiap satu
l "Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan"
(Mawar Shafei, Mingguan Malaysia, 2 November 2010)
l "Orang Budiman dan Negeri Seribu Gunung"
(Mohd. Lutfi Ishak, Mingguan Malaysia, 12 September 2010)
l "Pesta Tarik Tali di Musim Gugur" (Aminah Mokhtar, Mingguan Malaysia, 8 Ogos 2010)
Enam hadiah penghargaan RM800 setiap satu:
l "Emas Jadi Batu Padi Jadi Pasir" (Zaharah Nawawi, Mingguan Malaysia, 28 Mac 2010)
l "Harimau Musim Rontok Foochow" (Rahimah Muda, Mingguan Malaysia, 14 Februari 2010)
l "Jantung Jentayu di Kampung Sawah" (S.M. Zakir, Mingguan Malaysia, 13 Jun 2010)
l "Kaduk, Ayam dan Raja"
(Zurinah Hassan, Mingguan Malaysia, 19 September 2010)
l "Res Judicata", (Aidil Khalid, Mingguan Malaysia, 6 Jun 2010)
l "Telaga di Puncak Gunung" (Muhammad Ali Atan, Mingguan Malaysia, 27 Jun 2010)
KATEGORI CERPEN REMAJA
Tiga hadiah utama RM2,500 setiap satu:
l "Aku Datang" (Aminhad, Mingguan Malaysia, Ahad, 28 November 2010)
l "Kala Hujan Ini" (Nur Adilla Abd Rahim, Mingguan Malaysia, 11 April 2010)
l "Periaku untuk Ibu Pertiwi" (Mohd Ali Salim, Mingguan Malaysia, 29 Ogos 2010)

l "Bunga Telur Kenduri Kahwin" (Mohd Helmi Ahmad, Harmoni, 1 November 2010)
l "Estet dan Kuarters Batu 13" (Zainal Rashid Ahmad, Wanita, Oktober 2010)
l "Gulai Sembilang untuk Abah", (Fauziah Mohd Ismail, URTV, 15-30 Jun 2010)
l "Mimpi Budak Bola"
(Dr. Illias Zaidi, Mingguan Malaysia, 3 Oktober 2010)
l "Setulus Cinta Muaddib"
(Husna Nazri, Mingguan Malaysia, Ahad, 16 Mei 2010)
l "Siapa Haram?" (Ummu Hani Abu Hassan, Mingguan Malaysia, 20 Jun 2010)
KATEGORI PUISI
Tiga hadiah utama RM1,000 setiap satu:
l "Ingatan kepada Kawan XXIV" (Zaen Kasturi, Mingguan Malaysia, 17 Oktober 2010)
l "Pantul" (Mohamad Hafiz Abdul Latif, Mingguan Malaysia, 7 November 2010)
l "Posmen dan Bahasa" (Marjan S, Mingguan Malaysia, 7 November 2010)
Enam hadiah penghargaan RM500 setiap satu:
l "Aku Ingin Melukis Cantik Negeri" (Shahrunizam A. Talib, Mingguan Malaysia, 24 Januari 2010)
l "Kemboja" (S.M. Zakir, Mingguan Malaysia, 17 Oktober 2010)
l "Orang Dagang" (Lutfi Ishak, Mingguan Malaysia, 26 Disember 2010)
l "Penyair, Cinta dan Sebuah Masjid" (Ghazali Lateh, Mingguan Malaysia, 10 Januari 2010)
l "Pertanyaan Berkaca" (Amirul Fakir, Mingguan Malaysia, 19 Disember 2010)
l "Sebilah Pedang di Dada Rom" (Fahd Radzy, Mingguan Malaysia, 3 Januari 2010)
KATEGORI KAJIAN SASTERA
(Hadiah wang tunai RM2,000)
l "Estetik Alam Sekitar dalam Puisi" (Amida Abdul Hamid, Pemikir, Jan - Mac 2010)
KATEGORI RENCANA SASTERA
(Hadiah wang tunai RM1,000)
l "Sindrom Mediocrity dalam Sastera" (S.M. Zakir, Mingguan Malaysia, 26 September dan 10 Oktober 2010).